Tips Kekal Hidrat Pada Yang Sedang Berdiet

Sentiasa Kekalkan Hidrat Anda


Kekal Hidrat
Minum Sebelum Haus

Amat penting untuk minum air walaupun sebelum dahaga,Tubuh anda mengunakan rasa dahaga sebagai penanda dehidrasi.Jadi usah tunggu sehingga benar-benar dahaga untuk minumtetapi minumlah secara kosisten sama ada sejam sekali untuk mengantikan cairan tubuh yang hilang.


Minum Air Putih,Bukan Air Manis

Meskipun minuman manis dapat menghilangkan dahaga,tetapi ia juga membekalkan kalori berlebihan.Memadangkan anda perlu sentiasa minum untuk menghidrat tubuh semasa panas,pengambilan minuman manis tanpa kawalan akan meningkatkan paras kalori ke tahap tidak selamat.

Simpan Botol Air Di Sisi

Dapatkan botol air yang boleh digunakan semula dan senang dibawa kemana-mana.Anda sentiasa boleh mengisi minuman apabila ia hampirhabis tanpa sebarang alasan.Apatah lagi sepanjang musim panas ini,kesibukan aktiviti mungkin menyukarkan anda untuk minum selalu.

Kekal Hidrat 2


Rendam Bahan Perasa Semula Jadi

Segelintir orang sukar untuk meminum air putih kerana rasanya yang tawar dan membosankan.Jika anda seorang yang gemarkan perasa atau  seorang yang suka minum tanpa rasa dahaga,rendamkan bahan perasa semula jadi seperti sehiris lemon,strawberi atau timun untuk menyuntik sedikit rasa sensasi.


>>> Belajar Cara Turunkan Berat Badan Disini <<<

Pilih Minuman Sparkling

Jikalau hanya minuman berkabornat yang boleh menghilang kehausan anda,dapatkan rasa fizzy tersebut daripada minuman sparkling.Ia juga mengandungi buih dan kesan fizz soda,bezanya anpa sebarang kalori.Ia juga pilihan yang lebih sihat apabila anda mengunjungi restoran.


Tips Kekal Hidrat Pada Yang Sedang Berdiet Reviewed by Trego maria on Rating: 4.5

0 comments:

Post a Comment