Makanan untuk diet



Senarai Makanan Untuk Diet Anda

Adakah anda tahu bahawa makanan berserat atau fiber membantu anda menguruskan badan?Makanan pembakar lemak yang terbaik adalah ianya dapat mempercepatkan metabolisme anda untuk mengurangkan berat badan serta membantu anda membina otot dan kekal sihat. Metabolisme boleh menukarkan makanan yang anda makan menjadi tenaga yang anda perlukan untuk melakukan semua aktiviti yang anda lakukan.

BMI anda

✓ Yogurt Rendah Lemak - Yogurt rendah lemak adalah sumber yang baik dan sihat dari segi protien dan kalsium. Ia terbukti boleh mempercepatkan metabolisme badan. Satu kajian mendapati bahawa seseorang yang mengamalkan diet dengan yogurt rendah lemak boleh kehilangan 2 kali lebih cepat mengurangkan berat badan. Ini disebabkan mereka mendapat sekurang-kurangnya 1,200mg kalsium sehari berbanding dengan orang yang kurang mendapat kalsium. 

✓ Omega 3 Ikan - Ia merupakan sumber protien yang sangat baik dan juga boleh mengurangkan berat badan. Omega 3 asid lemak juga dapat membantu membakar kalori dan menurunkan selera makan. 

✓ Makanan Kekacang(Soy Foods) - Contohnya Edamame dan tauhu adalah makanan protien yang sihat dan membantu meningkatkan metabolisme dan menurunkan peratusan lemak badan anda dan boleh mengecilkan perut anda. 
Makanan untuk diet

✓ Daging Yang Tidak Berlemak - Lemak pada daging itik dan ayam mesti dibuang, contohnya membuang dahulu kulit pada daging sebelum dimasak. Ia adalah satu makanan yang terbaik untuk pembakaran lemak kerana tubuh anda menggunakan lebih banyak kalori untuk mencerna. Hanya pastikan anda sentiasa memilih dada ayam tanpa berkulit untuk hasil yang terbaik. 

✓ Telur - Telur juga merupakan sumber protien yang seimbang yang sangat baik untuk membantu anda membakar lemak berlebihan. Ia juga dapat menahan otot anda semasa anda kehilangan berat badan. 

✓ Cuka - Ia menggunakan asid untuk membantu badan anda memecahkan lemak yang berlebihan. 

✓ Bran - Dedak gandum, dedak jagung contoh yang terbaik untk serat yang maksimum berbanding makanan lain. Ianya mengandungi kandungan serat yang tinggi berbanding oat. 

✓ Cocoa - Banyak juga kajian menunjukkan coklat terutamanya dark coklat(mentah) memberikan kebaikan kepada kesihatan. Dark chocolate (coklat hitam) ini sumber iron dan potassium yang mantap selain hidangan sebanyak 100g boleh memberikan 33.2 g serat. Bagaimanapun, coklat yang bersusu yang tidak mengandungi serat yang mencukupi haruslah dielakkan.

✓ Buah-Buahan Jenis Limau - Buah-buahan jenis limau terbukti untuk membantu meningkatkan tahap insulin dalam badan untuk membantu anda merasa kurang lapar. Buah lemon dan oren mengandungi serat, rendah kalori dan kadar air yang tinggi yang membantu mengurangkan berat badan anda. 

✓ Cili - Lagi pedas cili itu, lagi bagus kesannya. Ia merupakan makanan pembakar lemak yang boleh meningkatkan metabolisme anda dan membantu membakar kalori. 

✓ Sayur-Sayuran dan Buah-Buahan Yang Sihat - Anda boleh rujuk Top 10 Senarai Sayur-Sayuran Yang Sihat dan Top 10 Senarai Buah-Buahan Yang Sihat. Minum bayak air juga boleh membantu membakar lemak dan menurunkan BMI anda. 

✓ Bijirin - Membantu memelihara kadar insulin yang rendah untuk meningkatkan metabolisme anda selepas anda makan. Tetapi, pastikan ddiri anda menjauhi daripada bijirin yang telah ditapis kerana ia boleh menyebabkan kadar metabolisme anda menjadi lambat dan membuatkan badan anda mula menyimpan lemak. 

✓ Berries - Berri juga sumber terbaik membekalkan serat. Secawan berries boleh memberikan 8 ke 10 g serat untuk anda. Berries juga boleh dimakan mentah untuk kesan yang baik!

✓ Artichoke - Artichok mengandungi serat, vitamin K dan folate. Ianya juga sumber vitamin C, magnesium, manganese dan potassium yang bagus.

✓ Lentils - Kacang dalca atau dal contoh amat baik dalam memberikan sumber serat. 1 cawan lentils yang dimasak mengandungi 15.6g serat. 

✓ Herba - Mengandungi vitamin dan mineral yang banyak, herba yang dikeringkan ini juga sumber serat. Contoh kulit kayu manis memberikan 53.1g per 100g hidangan. Banyak bukan? Cuba untuk masukkan ramuan herba dalam masakan anda, anda tidak perlu khuatir lagi tentang serat. 


Nikmati Hidangan Anda 
Apabila umur semakin meningkat, deria rasa dan bau akan menjadi kurang sensitif. Anda juga akan mengalami masalah untuk menelan. Oleh itu, sediakan makanan yang sesuai dengan masalah yang anda hadapi.

  • Gunakan gigi palsu sekiranya anda mempunyai masalah untuk mengunyah.
  • Gunakan pelbagai perisa dalam masakan seperti herba, rempah, serai dan perahan lemon / limau nipis untuk menjadikan makanan lebih lazat.
  • Cincang, dadu atau potong kecil makanan untuk memudahkan anda mengunyah dan menelan makanan.
Jadikan Waktu Makan Anda Menyeronokkan
  • Jemput saudara mara dan rakan-rakan untuk bersama-sama menikmati makan tengah hari atau makan malam.
  • Sertai aktiviti di komuniti anda bagi membolehkan anda menikmati makanan dan berpeluang bertemu dengan rakan-rakan .
  • Tonton televisyen atau mendengar radio ketika anda sedang makan. Televisyen dan radio boleh menjadi rakan anda di masa kesunyian.
  • Makan di luar bersama-sama dengan rakan-rakan.
  • Jadikan persekitaran anda kondusif dan gunakan peralatan hidangan makanan seperti pinggan, mangkuk, sudu dan garpu yang menarik.
  • Pastikan diri anda dalam keadaan yang bersih.
Sekiranya anda tidak berupaya untuk memasak atau membeli makanan,
  • Dapatkan perkhidmatan katering atau perkhidmatan penghantaran makanan terus ke rumah.
  • Simpan makanan sejuk beku, makanan dalam tin atau makanan yang sedia dimakan di rumah. Pastikan makanan tersebut dipanaskan dengan sempurna sebelum dimakan.
  • Beli dan simpan bijirin segera, sup, mee atau makanan segera dimana anda hanya perlu menambah air panas untuk memakannya.

1 comments: